subscribe: Posts | Comments | Email

Rakyat Iran Menukar Wang Kepada Emas

2 comments
Rakyat Iran Menukar Wang Kepada Emas

Rakyat Iran berterusan membeli emas dari pelbagai sumber yang wujud didorong oleh kebimbangan terhadap ekonomi negara mereka terutamanya peningkatan kadar inflasi dan kegoyahan matawang mereka.

Menurut laporan terbaru, satu syiling emas Azadi dijual dengan harga 15.3 juta Riyal Iran (RM3,783) di pasaran terbuka Iran yang juga rekod tertinggi harga jualan pernah dicatatkan.

Para penganalisis berkata kemerosotan Riyal Iran memaksa rakyatnya termasuklah mereka yang sudah memiliki emas dalam kuantiti banyak untuk membeli lagi emas sebagai stok tambahan berbanding menjual emas yang ada di tangan.

Kebimbangan berkenaan kuasa membeli menggunakan Riyal Iran yang semakin mengecil dan juga keraguan tentang kestabilan matawang adalah pendorong utama dalam pembelian emas ini.

Ditambah pula dengan sekatan kuasa ekonomi dunia ke atas Iran, rakyat Iran tiada pilihan lain selain daripada melabur dengan syiling emas memandangkan mereka tidak dapat mengerakkan modal meraka untuk dilaburkan di negara lain.

Syiling emas Iran, dimintkan sejak berabad yang lalu, berperanan sebagai penyimpan nilai (hakikat emas itu sendiri) dan juga sama penting dalam kebudayaan masyarakat di sana.

1 Azadi 1 Azadi-back

Dihasilkan oleh Bank Pusat Iran, syiling emas standard mempunyai berat 8.133 gram. Ia juga mempunyai denominasi yang lebih kecil seperti 1/2 Azadi dan 1/4 Azadi.

Ekonomi Iran ditimpa sekatan setelah Amerika Syarikat memberikan tekanan ke atas Tehran di mana banyak negara mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear yang mana ia disangkal keras oleh Iran.

Pihak berkuasa Iran pula telah berulang kali menafikan sekatan itu memberikan kesan buruk ke atas ekonomi Iran. Walau bagaimanapun, ramai rakyat Iran bimbang jika mereka menyimpan kekayaan dalam bentuk Riyal Iran akan memberikan mereka risiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>