subscribe: Posts | Comments | Email

Pembukaan Cawangan Public Gold Klang dan Kota Kinabalu

4 comments
Pembukaan Cawangan Public Gold Klang dan Kota Kinabalu

Public Gold kini maju selangkah DUA langkah lagi ke hadapan apabila membuka 2 cawangan baru iaitu satu di Klang dan satu lagi di Kota Kinabalu, Sabah. Ini menjadikan jumlah keseluruhan cawangan Public Gold di seluruh Malaysia adalah sebanyak 18 buah kesemuanya. Syabas dan tahniah diucapkan buat Public Gold!

Kedua-dua cawangan ini dibuka secara rasmi pada 1 November 2012. Bagi anda yang berada di kawasan sekitarnya, pembukaan Public Gold cawangan Klang dan Kota Kinabalu sudah semestinya memudahkan lagi anda berurusan secara terus di situ.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pada suatu masa dahulu, cawangan bagi kawasan central hanyalah terletak di Bandar Sunway. Jarak perjalanan dari rumah saya ke Bandar Sunway sekitar 23 km. Ada yang kata jauh dan ada juga yang kata dekat tapi bagi saya bukan jauh atau dekat yang menjadi persoalan sebaliknya tinggal di KL memang tidak dapat lari dari isu traffic jam. Saya pernah nak buat sharing di Sunway, datang dari rumah, saya bertolak jam 7.10 petang dan sampai pada jam 9.15 malam. Itu dia, perjalanan hanya 23 km tapi memakan masa yang sangat panjang dek kerana kesesakan lalu lintas. Tambahan pula malam tu memang hujan.

Alhamdulillah bila Public Gold membuka cawangan di Ampang, saya antara orang yang paling happy! Mana tidaknya tuan-tuan, dari rumah saya nak ke Ampang cuma 4 km je. Saya boleh ikut DUKE lalu masuk ke MRR2 atau kalau MRR2 jam saya boleh lalu Jalan Jelatek dan terus masuk ke Jalan Ampang. Kemudian dah sampai. Memang cepat dan senang sangat-sangatlah!

Apa yang saya cuba sampaikan ialah Public Gold sentiasa peka dan prihatin terhadap para pelaburnya. Bila saya kata pelabur ni, kitalah orangnya :D

Baik saya kongsikan maklumat kedua-dua cawangan Public Gold yang baru ini dengan anda ya.

Public Gold Klang


No. 2, 4th Floor, Jalan Tiara 2A
Bandar Baru Klang
41150 Klang, Selangor Darul Ehsan

PIC: Mr. Bannet
Tel Office: 03-3341 2999
Handphone: 012-6718 916

Public Gold Kota Kinabalu, Sabah

Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot
1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1
Along Jalan Sulaman
88100 Kota Kinabalu, Sabah

PIC: Ms. Magdalene
Tel Office: 088-447 916
Handphone: 016-4107 916

Ouh ya, sebenarnya kalau anda nak tahu Public Gold Kota Kinabalu tu terletak seberang dengan shopping mall terkenal di sana iaitu 1Borneo. Kalau dari 1Borneo memang boleh nampak Public Gold tu. Macam mana saya tahu? Sebab saya dah pergi sana! Saya pergi masa cuti Merdeka tahun ni. Masa tu saya dan keluarga menghantar adik perempuan saya, Afifah melanjutkan pelajaran ijazah sarjana mudanya di UMS. UMS ni pulak terletak di sebelah 1Borneo. Jadi masa jalan-jalan tu saya ternampak Public Gold Kota Kinabalu. Masa tu masih dalam proses renovation.

Sempat bergambar sebelum pulang ke hotel

p/s: Sesiapa nak tinggal di servis apartment di 1Borneo dengan harga yang sangat berpatutan, contact saya. Nanti saya tolong adjust sebab dah kenal ‘baek punya’ dengan manager situ. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>