subscribe: Posts | Comments | Email

Nak Simpan Emas Tapi Tiada Duit

14 comments
Nak Simpan Emas Tapi Tiada Duit

Baru-baru ni saya ada terima pakej yang dipesan dari The Perth Mint.

Bila saya upload di facebook, ramai nak tahun apa isi kandungannya.

Inilah isi kandungan pakej yang dihantar all the way dari Australia.

Apa bendanya ni?

Inilah dia itemnya

 

Belakang kotak barang ini. Tertera tulisan The Perth Mint

 

Sebenarnya item yang saya pesan dari The Perth Mint ini ialah tabung duit yang berbentuk jongkong emas. Design nya yang cantik serta warnanya yang bersinar membuatkannya nampak menarik untuk anda gunakan sebagai tabung duit anda di rumah.

Yang menariknya produk ni boleh dibeli secara online dari website The Perth Mint dan penghantaran ke Malaysia adalah PERCUMA (jika ini transaksi pertama anda)

Tabung Duit vs. Simpan Emas

Ya anda mungkin tertanya-tanya apa kena-mengena tajuk entri ni dengan tabung duit yang saya beli dari The Perth Mint ni kan?

Sebenarnya ada kisah benar yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Kisah ni mengenai tiga orang rakan saya. Mereka semua masih muda tetapi pemikiran mereka sangat matang dan boleh dijadikan contoh buat ikutan yang lain di luar sana terutamanya yang teringin nak simpan emas tapi tiada duit.

Sebenarnya duit bukanlah penghalang kepada usaha kita menyimpan emas (dan perak) sebaliknya yang menghalang kita kepada langkah bijak ini cuma minda kita.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Baik, mari saya kongsikan dengan anda kisah mereka.

Kisah 1: Hafiz Hassim

Baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perakaunan dan kini bekerja sebagai Audit Associate di salah satu firma audit antarabangsa yang terkemuka, Hafiz tahu akan kepentingan emas. Amat meminati dinar untuk dibuat simpanan. Walau bagaimanapun kos sara hidup yang tinggi di kota metropolitan Kuala Lumpur sedikit sebanyak mengekang dirinya dari terus megambil sejumlah wang dari duit gajinya untuk dibuat membeli dinar sekaligus. Tapi beliau ada strateginya yang tersendiri.

“Setiap bulan aku beli 10 Dirham dari kau and aku kumpul. Then nanti bila da cukup nilai Dirham ni, aku tukarkan ke Dinar. Boleh kan Wan?”

p/s Hafiz: Mestilah boleh ;)

Kisah 2: Syahirah Zain

Bagi kebanyakkan orang, bila memasuki alam pekerjaan maka bermulalah perjalanan hidup dalam survival mode. Daripada situ seseorang mula merancang kewangannya dengan bagaimana ingin ia dibelanjakan serta disalurkan ke jalan yang betul. Syahirah tahu bahawa wang gaji yang bakal diperoleh untuk bulan pertamanya bersama Bursa Malaysia harus dirancang alirannya dari sekarang. Sebahagian daripada duit gajinya akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian manakala sebahagian lagi akan digunakan untuk menyimpan.

“I baru start kerja. I nak menyimpan bila dapat duit gaji nanti tapi I tau kalau simpan je duit macam tu nanti kena inflasi. I nak convert duit yang I simpan nanti jadi emas. Tapi I kumpul dulu then bila da cukup baru beli emas. Ok kan Hazwan?”

p/s Syahirah: Mestilah ok. Prinsipnya mudah saja, masa bila nak beli emas? Masa ada duit dan bila dah cukup, kemudian belilah emas.

Kisah 3: Sayed Muhammad Siddiq

Keinginan untuk memiliki emas dan perak memang tinggi dalam hati sanubari Siddiq. Akan tetapi beliau baru sahaja menamatkan pengajian ijazahnya. Bagi kebanyakkan orang duit mungkin dijadikan alasan untuk membeli emas dan perak. Tetapi tidak bagi Siddiq. Hasil duit biasiswa yang diperolehinya itulah yang digunakan secara jimat-cermat dan berhemah telah mampu membuatkan beliau memiliki Dinar dan Dirham keluaran Public Gold sebagai koleksi pertamanya. Kemudian baru-baru ini bila harga emas turun, beliau bukan bersedih sebaliknya melihat ini sebagai peluang untuknya menambahkan koleksi peribadinya sekaligus memuratakan kos untuk setiap Dinarnya.

Ada orang datang offer aku untuk join skim-skim pelaburan emas ni. Siap offer hibah bulan-bulan tapi aku tak nak. Aku cuma nak beli emas dapat emas. Since Public Gold bagi spread kecik and harga per gram rendah jadi aku beli dengan kau. Lagi satu aku pegang hadis nabi yang kata “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham”*

*Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

p/s Siddiq: Aku memang setuju sangat-sangat dengan kau! :D

Ketiga-tiga mereka di atas ini tahu dan faham kenapa kita kena menyimpan emas dan perak dan paling penting duit bukanlah penghalang.

Bila kita letakkan mental block dengan kata “aku takde duit, macam mana nak beli emas”, “emas ni mahal la” sebenarnya samada sedar atau tidak kita dah hadkan kemampuan kita dan mungkin sampai bila-bila kita takkan mula menyimpan emas dan perak.

Bila kita menyimpan emas dan perak fizikal dalam pegangan kita sendiri, sebenarnya kita menukarkan duit simpanan kita kepada aset yang lebih baik dari segi nilainya. Sebab apa, duit semakin lama semakin dimakan inflasi sedangkan emas dan perak dalam tempoh yang panjang nilainya akan meningkat.

Kenaikan emas selama 10 tahun

Mulakanlah simpanan emas dan perak anda hari ini walaupun dengan hanya 1 Dinar ataupun 10 Dirham dan bagi yang meminati jongkong boleh start dengan 10g. Hubungi saya sekarang di talian 017-680 2929 dan saya akan bantu anda.

p/s: Andai kali pertama contact saya tak dapat, contact lagi sekali. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>